advert

PENGUMUMAN.....PENGUMUMAN........PENGUMUMAN


I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

March 21, 2010

ANALISIS PEPERIKSAAN SPM 2009

Pengumuman Analisa Keputusan
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2009

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan berpusat peringkat kebangsaan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 di semua sekolah menengah di Malaysia. Peperiksaan penting ini menawarkan sijil terbuka yang mewajibkan setiap calon mengambil sekurang-kurangnya 6 subjek teras (matapelajaran wajib) . Tahun 2009 merupakan tahun terakhir yang membolehkan calon memilih beberapa subjek tambahan asalkan tidak berlaku pertindihan dalam jadual waktu peperiksaan. Bermula tahun 2010, calon diwajibkan mengambil enam subjek teras, serta dibolehkan mengambil enam lagi subjek tambahan.

Peperiksaan SPM pada kali ini juga akan menggunakan sistem penggredan baru seperti yang dicadangkan baru-baru ini. Penggredan ini bererti calon Cemerlang yang mamperolehi A dalam mana-mana subjek akan dibahagikan kepada tiga

iaitu A+ (Cemerlang Tertinggi), A (Cemerlang Tinggi) dan A- (Cemerlang). Bagi yang memperolehi tahap Kepujian, gred yang diperolehi akan dibahagikan kepada B+ (Kepujian Tertinggi), B (Kepujian Tinggi), C+ (Kepujian Atas) dan C (Kepujian). Sementara pencapaian Lulus akan dicatat sebagai D (Lulus Atas) dan E (Lulus). Bagi calon yang gagal akan diberi gred G.

Seperti peperiksaan-peperiksaan lain yang dilaporkan sebelum ini, pelaporan ini juga tidak membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar, sekolah dengan sekolah atau negeri dengan negeri. Sebarang peningkatan yang dilaporkan hanyalah bertujuan memaparkan pencapain sekolah dan bukan untuk perbandingan.

Peperiksaan SPM 2009 telah dijalankan pada 18 November hingga 16 Disember 2009. Sebanyak 26 buah sekolah telah dijadikan pusat peperiksaan dan menawarkan sebanyak 84 subjek. Seramai 4696 calon sekolah telah menduduki peperiksaan ini daripada 4740 calon yang mendaftar.

(Pelaporan ini hanya melibatkan sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.)

Prestasi Keseluruhan:

Pada keseluruhannya, negeri Perlis telah mencatat pencapaian yang baik pada peperiksaan SPM 2009. Bagi Gred Purata Sekolah (GPS), negeri Perlis mencatat GPS 5.63 bagi tahun 2009, berbanding dengan 5.70 yang dicatat pada tahun 2008. Ini telah memeperlihatkan peningkatan sebanyak 0.07.

Peratus Kelulusan Keseluruhan yang dicatat bagi SPM tahun 2009 ialah 90.61 %, berbanding pencapaian sebanyak 92.92 % yang dicatatkan pada tahun 2008. Ini telah memperlihatkan sedikit penurunan sebanyak 2.31%.

Seramai 4255 orang calon layak mendapat sijil daripada 4696 calon yang hadir menduduki peperiksaan. Dari jumlah tersebut seramai 7 orang calon berjaya memperolehi Gred A+ dalam semua subjek yang diambil. Seramai 56 orang calon berjaya mendapat Gred A (A+,A, dan A-) dalam semua subjek yang diambil. Ini bermakna seramai 63 orang calon telah memperolehi kecemerlangan dalam semua subjek yang diambil. Ini bererti penambahan seramai 3 orang calon berbanding 60 orang yang memperolehi A dalam semua subjek pada tahun 2008.

Sebanyak 7 buah sekolah mencatat 100% (layak mendapat sijil) berbanding 6 buah yang dicatatkan pada tahun 2008.

Prestasi Kecemerlangan:

Kecemerlangan pencapaian sekolah juga boleh dilihat daripada peningkatan yang diperolehi pada tahun 2009 berbanding dengan pencapaian 2008.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan Sek.Men.Keb.Derma merupakan sekolah yang berjaya mencatat GPS kurang daripada 3.0 iaitu 2.25 dan 2.54.

Daripada 26 buah sekolah yang terlibat dalam SPM 2009, sebanyak 19 sekolah telah mencatat peningkatan dalam GPS sekolah masing-masing, bertambah 1 buah sekolah berbanding 18 pada tahun 2008. Ini bermakna 73.07% sekolah telah berjaya mencatat peningkatan. Sekolah Menengah Seriab (SMK Dato’ Ali) telah mencatat eningkatan yang paling tinggi iaitu peningkatan sebanyak 1.22 daripada 6.65 tahun 2008 kepada 5.43 pada tahun 2009. SMK Derma pula mencatat peningkatan sebanyak 0.37 aitu daripada 2.91 (2008) kepada 2.54 (2009), SMK Perlis mencatat peningkatan sebanyak 0.36 iaitu dari 6.07 (2008) kepada 5.72 (2009) dan SMK Padang Siding (SMK Tengku Budriah) mencatat peningkatan sebanyak 0.35 iaitu pencapaian dari 6.45 (2008) kepada 6.10 (2009).

Antara sekolah-sekolah yang mencatat peningkatan yang baik adalah seperti berikut :

SMK Agama (P) 3.59 (2008) 3.31 (2009) + 0.28

SMK D.J.Hassan 7.25 (2008) 7.01 (2009) + 0.24

Al-Madrasah Ad-Diniah 5.76 (2008) 5.53 (2009) + 0.23

SMK D.S. Ahmad 3.46(2008) 3.27 (2009) + 0.19

SMK Tg Sulaiman 6.30 (2008) 6.11 (2009) + 0.19

SMT Arau 5.61 (2008) 5.44 (2009) + 0.17

SMT Kangar 5.42 (2008) 5.27 (2009) + 0.14

SMK Abi 6.91 (2008) 6.79 (2009) + 0.12

Sebanyak 7 buah sekolah mencatat pencapaian kelulusan 100 % (layak mendapat sijil). Di antara sekolah-sekolah tersebut termasuklah Al-Madrasah Ad-Diniah yang mencatat peningkatan sebanyak 3.17% berbanding dengan pencapaian 96.83 % yang dicatatkan pada tahun 2008. Al-Madrasah Ad-Diniah juga merupakan satu-satunya sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mencapai tahap kelulusan 100% berbanding dengan 6 buah sekolah yang berjaya mencatat pencapaian yang serupa. Sekolah-sekolah lain terdiri daripada sekolah kawalan dan SBP. Sekolah-sekolah berkenaan juga (6 buah) telah mencatat pencapaian 100% pada tahun 2008. Sekolah-sekolah berkenaan ialah:

Sek. Men.Sains Tuanku Syed Putra

Sek.Men.Keb. Derma

Sek.Men.Keb. Dato’ Sheikh Ahmad

Sek.Men.Agama Perempuan, Kangar

Sek.Men.Keb. Agama, Arau

Sek.Men.Keb. Syed Hassan

Selain daripada Al Madrasah Ad Diniah sebanyak 6 buah sekolah lagi mencatat peningkatan dalam peratus kelulusan keseluruhan. Di antara sekolah-sekolah yang mencatat peningkatan ketara dari segi kelulusan keseluruhan termasuklah :

SMK D.J.Hassan 76.80% (2008) 82.16% (2009) + 5.36%

SMK Perlis 80.22% (2008) 84.64% (2009) + 4.43%

SMK Syed Alwi 87.10% (2008) 90.71% (2009) +3.62%

SMK Pdg.Besar (U) 86.24% (2008) 88.24% (2008) + 2.00%

SMK Abi 90.00% (2008) 90.34% (2009) + 0.34%

SMT Kangar 99.57% (2008) 99.78% (2009) + 0.21%

Secara keseluruhannya sebanyak 7 buah sekolah mencatat peningkatan serta 6 buah lagi kekal dengan pencapaian 100%.Dengan jumlah 13 buah sekolah mencatat peningkatan atau mengekalkannya, bermakna 50.00% daripada jumlah sekolah menengah kerajaan di Perlis berjaya mencatat peningkatan atau mengekalkan pencapaian.

Seramai 63 calon telah berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PM 2009. Mereka telah berjaya mencatat kejayaan Gred A+, A dan A- dalam semua ubjek yang diambil. Di antara sekolah yang berjaya menghasilkan calon-calon cemerlang ialah :

SMK Derma 26 orang

SMS Tuanku Syed Putra 15 orang

SMK Agama (P) 7 orang

SMK Dato Sheikh Ahmad 6 orang

SMK Agama Arau 4 orang

SMK Perlis 3 orang

SMK Syed Hassan 1 orang

SMK Tengku Sulaiman 1 orang

Seramai 7 daripada 63 calon yang mencatat kecemerlangan dengan mendapat A+ Cemerlang Tertinggi)dalam semua subjek. Nama-nama mereka terdapat pada lampiran yang disediakan.

Prestasi Subjek:

Terdapat beberapa subjek yang pencapaiannya lebih baik daripada pencapaian peringkat kebangsaan. Antara subjek berkenaan termasuklah:

Negeri Nasional

Fizik 98.90 98.7

Biologi 98.20 97.9

Terdapat juga beberapa subjek yang pencapaianny amengahampiri pencapaian peringkat kebangsaan. Antaranya termasuklah:

Negeri Nasional

B.Melayu 90.70 90.8

Pend.Islam 86.10 88.6

Sejarah 71.50 71.7

Matematik 71.70 77.8

Sains 88.40 90.6

Geografi 86.70 87.5

B.Arab Tinggi 90.40 94.7

Kimia 90.70 92.2

Prestasi Mata Pelajaran utama pada tahun ini berbanding dengan tahun 2008 adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu 90.7 92.96 (2008)

Bahasa Inggeris 68.4 68.32

Matematik 71.7 73.08

Sains 88.4 92.0

Sejarah 71.5 69.15

Pendidikan Islam 86.1 85.15

Pendidikan Moral 70.1 69.28

Adalah diharapkan pencapaian pada kali ini akan diperbaiki lagi demi meneruskan pencapaian yang baik selama ini. Perlis pada suatu ketika merupakan negeri terbaik dalam peperiksaan SPM. Kegemilangan tersebut diharapkan akan dapat dikembalikan dalam masa terdekat demi merealisasikan Perlis sebagai Negeri Ilmu.

Setinggi tahniah dan penghargaan dirakamkan kepada semua guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan pendidikan di negeri ini.

Tahniah kepada semua pelajar, guru, pengetua dan ibu bapa.

Terima Kasih.

Pengarah Pelajaran Perlis
11 Mac 2010


No comments:

BERSANTAI DI BEIJING

BERSANTAI DI BEIJING

TONGGAK 12

TONGGAK 12

great wall of China

great wall of China

KAK NORMA DAN HELIZA

KAK NORMA DAN HELIZA

KAMI ANAK MALAYSIA

KAMI ANAK MALAYSIA
SATU MALAYSIA

REX CANNNG FC

REX CANNNG FC
TERINGAT MASA MUDA

TERINGAT KENANGAN LALU

TERINGAT KENANGAN LALU
MY........................

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH
TUHAN LEBIH TAHU

RENUNG LAMA LAMA

RENUNG LAMA LAMA

PENGETUA SMK PADANG BESAR (U ) PERLIS

PENGETUA SMK PADANG BESAR (U ) PERLIS
EN ABDUL RASHID B SULAIMAN

pelajar luar-2009

pelajar luar-2009
EN ABDUL RASHID B SULAIMAN

SUDAH SELAMAT

SUDAH SELAMAT
HINGGA AKHIR HAYAT...AMIN

TIGA TERUNA PINGITAN

TIGA TERUNA PINGITAN

SMK PADANG BESAR UTARA

SMK PADANG BESAR UTARA
kebanggaanku

DIA YANG BERNAMA .......

DIA YANG BERNAMA .......
oleh....... wiedane7012@naziron naw

INDAHNYA SEKOLAHKU

INDAHNYA SEKOLAHKU
DEWAN SRI UTARA

INDAHNYA SEKOLAHKU

INDAHNYA SEKOLAHKU
BLOK KELAS

SAMBUTAN HARI GURU 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SIAPA DAPAT MENEKA GAMBAR INI????

SIAPA DAPAT MENEKA GAMBAR INI????
RM10 MENANTI ANDA...HUBUNGI SAYA

koperasi smkpbu

koperasi smkpbu
keperluan pelajar

HARAJUKU

HARAJUKU

IKLAN

BAGAIKAN PUTERI

BAGAIKAN PUTERI
RAMLEE AWANG MURSHID

GAYA SAMBAL

GAYA SAMBAL
GAYA SAMBA

KENANGAN SMKPBU

KENANGAN SMKPBU
KUNJUNGAN DIRAJA

KAMI HANYA BERKAWAN

KAMI HANYA BERKAWAN
.............berkawan tidak mengenal sempadan jantina

DARI ATAS

DARI ATAS
BERLATAR BELAKANG BUKIT BUKAU

SETIAKAWAN

SETIAKAWAN
biar kawan budi.......senang dihati

KEM INTELEK SMKPBU

KEM INTELEK SMKPBU
melahirkan insan cemerlang gemilang terbilang

KAWAN BARU

KAWAN BARU
bukalah forum guru malaysia

SELAMAT DATANG-koperasi sekolah

SELAMAT DATANG-koperasi sekolah
KOPERASI SMK PADANG BESAR UTARA BERHAD

KOPERASI SMKPBU BERHAD

KOPERASI SMKPBU BERHAD
membekal keperluan pelajar

SI CANTIK MANIS SMKPBU

SI CANTIK MANIS SMKPBU
siapa bilang gadis melayu tak menawan....

LAWATAN KE BANDUNG

LAWATAN KE BANDUNG
GUNUNG TANGKUBAN PARAHU

MAI CIKIT.........................

MAI CIKIT.........................
mak kata.......cedappppppppppp

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
OUR PRIME MINISTER

PESERTA AF10

PESERTA AF10
meNgasah bakat yg terpendam